Thursday, July 16, 2009

Bait Bait Batman

Semalam sempat saya tonton cerita Batman Dark Knight. Pernah tonton, tapi waktu itu dvd pirate itu still tak clear. Ya..saya jujur mengatakan saya beli dvd pirate itu bukan atas dasar ingin menjatuhkan industri perfileman Barat, tapi atas dasar kemampuan saya yang terbatas utk membeli dvd original ratusan ringgit. Paling penting nawaitu saya ingin menimba apa-apa sahaja ilmu yang dapat diperoleh menonton cerita ini yang tajuknya sahaja menghasilkan ‘goosebumps’ di tengkuk. Kali ini saya punya cd original, kerana


satu-Christian Bale adalah salah satu actor yang saya sangat kagumi selepas menonton lakonannya yang sangat hebat dalam film ‘The Machinist’.


Keduanya kerana saya ingin melihat lakonan Heath Ladger yang tidak pernah saya kagumi namun dalam cerita ini dia berjaya membawa kelainan pada watak tipikal Joker.


Dan yang ketiga-kerana dvd pirate yang saya beli tempoh hari tidak pernah saya tonton hingga ke akhir film itu kerana mutu dan kualiti film itu yang sangat teruk dan sistem audio yang amat jelik, berpadananlah dengan wang yang saya laburkan untuk dvd pirate itu.



Jadi, mengambil peluang menikmati cd original, walaupun film ini agak panjang, tapi mata saya tidak berkedip menonton setiap gerak langkah Bale (Bruce Wayne) yang begitu mengagumkan. Cuma saya tidak faham kenapa waktu memakai suit Batman, Bale perlu menukar tone suara kepada low pitch? Waktu Val Kilmer, Michael Keaton dan George Clonney membawa watak Batman, saya tidak perasan mereka ada menukar tone suara?



Namun begitu, saya tidak simpulkan this is the best Batman movie kerana pada saya penggarapan Tim Burton yang lebih kepada tema Fairy Tale dan musical seperti dalam Batman Returns dan Batman Forever lebih sesuai berbanding dengan gabungan thriller dan too much plots yang menyebabkan Dark Knight lebih hambar.



Tetapi, bagi pengakhiran film ini membuatkan mata saya berkaca-kaca bergenang dengan air mata memahami watak Bruce Wayne dalam film ini. Pengorbanannya utk memastikan kesejahteraan dan kemuliaan peribadinya dengan tidak bersandarkan pada watak Superhero semata membuat saya betul-betul sedih mengenangkan apa yang sedang saya perjuangkan. Batman juga dituduh dan diselar oleh kelompok orang-orang cetek akal dalam berfikiran dan membuat keputusan dalam kehidupan, Batman juga harus membuat keputusan yang tidak mungkin dia peroleh sedikit pun balasan, dan Batman juga lonely apabila orang-orang dikasihi meninggalkannya hanya kerana tidak sanggup bersama-samanya dalam perjuangannya untuk memartabatkan kesejahteraan Gotham City.



Ya, Batman is just a movie. But aren’t we on a stage now performing our good and bad deeds and watched over by the All Mighty God?



Atas kesamaan itu its worth to cry when we know we are not alone doing something we believe in.



And I believe in what I am doing though lebih daripada separuh lautan manusia meludah dan membenci.



White Knight is people’s hero…which no one knows Black Knight was the one yang membantu White Knight. Truly supposedly in God's eye Black Knight IS the true hero..and few realize he exists….

No comments:

Post a Comment