Showing posts with label kepincangan. Show all posts
Showing posts with label kepincangan. Show all posts

Monday, June 13, 2011

PTPTN dan jaminan perjalanan


Bismillah ...

Tajuk cliche namun benar-benar terjadi pada diri saya. Ya dengan ketentuanNya lah saya dan ibu bapa memilih untuk mengambil pinjaman pendidikan PTPTN hampir 7 tahun yang lalu. Kerana keluarga tidak mampu untuk membiayai kos2 perbelanjaan di universiti memandangkan bilangan ahli keluarga saya yang agak ramai.


2004- setelah berjaya menamatkan pengajian diploma, saya melanjutkan pula pengajian ke peringkat degree.

Bermula di tahun 2005. Semester pertama sahaja saya telah dikejutkan dengan berita oleh kawan-kawan sekelas dimana PTPTN sudah mula menuntut kami membayar semula pinjaman yang diambil secara bulanan.

Masakan?!

Nafas masih tercungap, gigi bongsu belum tumbuh, sudah dituntut membayar ansuran?



Lalu kami beramai-ramai ke pejabat PTPTN di Jalan Semantan. Menaiki kereta kancil Silver seramai 5 orang. Minyak kereta di tong-tong. Surat permohonan penangguhan bayaran balik kami ditolak. Entah mengapa. Sedangkan surat tawaran degree sudah diusulkan sebagai bukti kami belum bekerja. Yang kami masih menuntut.

Lalu bagaimana?

Buntu tetap buntu.

Lalu saya diantara yang lain mengabaikan tuntutan PTPTN untuk membayar ansuran bulanan dan teruskan pengajian..

2006 saya mula bekerja. Namun tidak tetap. Berhenti, bekerja, berhenti, bekerja. Dan sedikit sekali memikirkan tentang PTPTN.

Sehinggalah pada 2010 waktu dikaunter imigresen di KLIA saya ditahan pegawai waktu pengesahan passport untuk berlepas ke Indonesia. Disitulah bermulanya ‘nightmare’ saya. “Anda disenaraihitam imigresen kerana tunggakan PTPTN”.

Aduh.



Tak dapat digambarkan perasaan hampa dan sangat kecewa.

Mulanya ibu bapa yang saya salahkan. Kerana yang lain yang tidak menyambung belajar bersuka ria di luar negara. Waktu itu saya berhasad dengki. Sangat sakit hati melihat keluarga dan kawan-kawan yang bebas keluar masuk berlepas ke negara-negara jiran.

April 2011, saya ke pejabat PTPTN di KL Sentral atas nasihat para sahabat. (Kudos kepada mereka). Saya meminta penyata tunggakan terkini dan membuat rayuan untuk membuang nama saya yang disenarai hitam PTPTN. Mereka bersetuju dengan syarat= saya mesti membayar sekurang-kurangnya RM3000 sebagai jaminan/deposit.

Gulp.

Satu jumlah yang tidak begitu banyak. Cuma payah untuk dibayar sekelip mata.

Perbandingan tanggungan saya sendiri disana sini. Ini saya akui atas kesilapan tangan dan kependekan akal membuat keputusan 3-5 tahun lalu. Dimana saya punyai sikap “profound in human’s view” atau terlalu memikirkan anggapan orang lain. (rujuk penulisan: Pemutusan Saya Pemuasan Dia) Dimana keputusan yang saya furqankan lebih kepada menurut hawa nafsu dan persepsi manusia, bukan menurut kehendakNya.

Nah, tempiasnya dirasakan kini.

Setelah ke pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata akaun saya (akaun 1 dan 2) saya sangat bersyukur. Ya Allah, kenapa saya katakan ini ketentuanNya? Kerana tidak pernah selama saya bekerja disana sini saya memikirkan tentang jumlah simpanan yang saya ada di akaun ke 2 saya. Dan bakinya cukup bukan sahaja untuk membayar RM3000 sebagai deposit tersebut, tapi cukup untuk membayar keseluruhan tunggakan.

Alhamdulillah.

Jika ikut hawa nafsu pasti saya akan mengeluarkan RM3000 sebagai minimum bayaran untuk mengeluarkan nama saya dari senaraihitam. Tapi tidak kali ini. Saya tahu, ini adalah satu jalan untuk saya mulakan pembayaran saya dengan PTPTN dan juga liabiliti2 saya yang lain dengan tenang dan teratur. Biarlah mungkin dilihat rugi atau cetek akal. Itu bukan lagi menjadi wadah saya untuk membuat keputusan dalam hidup saya kini.

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.



[Al An'aam:44]


Saya tidak lagi mahu berada di dalam kesenangan sementara, dan tidak mahu berputus asa sedangkan pintu langit itu masih terbuka luas untuk sekalian umatNya.

4 perkara sahaja yang KWSP perlukan bagi tujuan pengeluaran pendidikan:

1) Salinan I/C

2) Salinan Surat Tawaran dan Perjanjian PTPTN yang disahkan PTPTN (RM90 untuk mendapatkan naskah Salinan dari PTPTN jika salinan asal hilang).

3) Salinan Penyata Tunggakan Terkini yang disahkan oleh PTPTN (dipos pada saya)

4) Salinan transkrip atau sijil diploma/degree (bawa sekali yang original sebagai pengesahan pegawai KWSP).

Hari ini dengan tekad saya ke pejabat KWSP. Mulanya saya tidak bawa copy 2) dan 3) yang dicop. Saya hanya membawa salinan fotostat sahaja. Lalu permohonan saya tidak dapat diproses. Berbekal RM20 saya naik teksi ke pejabat semula dan mengambil semula salinan2 yang dicop asal oleh PTPTN dan kembali ke pejabat KWSP dengan termengah2 dan berpeluh2.

Detik pegawai itu berkata “permohonan diterima, proses ambil 1-2 minggu” hampir-hampir sahaja saya menjerit. Keluar dari pejabat KWSP saya memandang langit dan berbisik
“Ive taken your challenge God! Hanya kerana Kau aku lakukan ini semua”.



Tabayyun.

Tabayyun secara bahasa memiliki arti mencari kejelasan tentang sesuatu hingga jelas benar keadaannya.

Jelas sekali apabila difikirkan logik akal, hanya kerana PTPTN perjalanan saya untuk terokai dunia terbatas. Dan kerana PTPTN jugalah saya sampai disini, melalui itu ini hingga saat ini. Hingga hari ini.

Alhamdulillah jika tidak kerana perjalanan saya disekat, mungkin tidak saya akan sampai ke tanah suci, mungkin tidak sampai saya menimba ilmu haq, mungkin tidak sampai saya disana.

Persisnya saya mungkin ke Venice-tempat idaman saya sejak kecil menyusuri sungai Venice bersama gondola dan iringan muzik jalanan berbiola dan accordion, atau ke Norway berenang bersama whales di lautan biru.

Senyum.

Ketentuan Allah itu rumit. Tetapi janji Allah itu pasti. Hari ini terjumpa sebaris ayat janji Allah pada umat yang berkehendak padaNya:-

Allah berfirman:
"Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya)
[Al Hijr:41]

Apa perlu saya takuti jika Dia telah memberi jaminan sebegini rupa?

Dalam sebuah hadis ringkas berbunyi:-

“Tiada hijrah (ke Madinah) selepas pembukaan kota Makkah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya,”



[Riwayat Al-Bukhari no.2575, Muslim no.2412]

Imam Al-Nawawi menjelaskan hadis ini dengan menyatakan bahawa umat Islam masih berpeluang mendapat pahala seumpama hijrah dengan menunaikan kewajipan berjihad.

Lalu sekecil-kecilnya jihad saya untuk membaiki diri dan mendekatkan diri padaNya adalah dengan menyelesaikan ‘isu-isu kambing’ semasa ini. Yang saya sendiri telah memilih dan kesannya dirasakan hingga ke hari ini. Bukan sesalan yang perlu saya tegaskan, tetapi pengajaran yang dapat dikongsikan bersama-sama yang lain. Mungkin ada diantara kita menghadapi permasalahan yang sama, jika tidakpun mungkin diberi ketentuan (baik/buruk) dari sudut yang berbeza. Cuma penekanan penulisan hari ini adalah untuk kita sama-sama fikirkan hal yang utama (priority) yang menjadi tujuan kita memilih sesuatu jalan/keputusan itu. Nyatanya priority utama adalah kerana Allah semata. Apabila Allah diberi penekanan utama sebelum membuat keputusan, pastinya pecahan-pecahan priority yang lain akan menjadi baik. Samada untuk diri sendiri, mahupun kepada orang disekeliling kita. Setelah priority dikenalpasti, keputusan/pilihan kita akan lebih menjadi mudah untuk dilakukan. Priority inilah akan menentukan nilai pegangan yang kita pegang/prinsipkan untuk mencapai sesuatu.

Memetik penulisan “Apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk” oleh Saudara Pahrol Mohd Judi, beliau menyimpulkan bahawa masalah manusia bukan tidak boleh berjaya, tetapi masalah sebenar ialah manusia tidak tahu apa itu kejayaan yang sebenarnya.

Seperti mana keyakinan Zaid bin al-Dathinnah terhadap Rasulullah S.A.W dengan mengatakan “aku lebih rela mati dari melihat Rasulullah tercucuk duri”. Bagi kaca mata dunia, kenyataan ini tampak bodoh, tetapi tidak dari kaca mata Islam yang sebenar. Itulah antara kata-kata orang yang yakin. Bukan was-was.

Walaupun hasil titik peluh 7 tahun saya bekerja bakal tiada sekelip mata, namun teringat juga saya ungkapan Affan bin Muslim, “rezeki kita berasal daripada Allah”.

Doa saya untuk diselesaikan permasalahan kambing ini sudah termakbul. Jalan-jalan yang dulu tampak gelap sudah cerah.



Sekali lagi Dia membantu memberi sinar...

Saturday, October 9, 2010

Persoalan dan Jawapan Solat




….Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.
[Al 'Ankabuut:45]



Umat Islam terutamanya bangsa Arab dikecam hebat selepas peristiwa serangan World Trade Centre, New York pada 9 Sept 2001 yang dikaitkan dengan agenda Al-Qaeda.
Apakah yang terjadi kepada umat Islam selepas itu?
Bagaimanakah pandangan dunia kepada Islam?
Dan bagaimana pula persepsi umat Islam terhadap ‘ISLAM’ sendiri?



Bangga? Malu? Sedih?



Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Barangsiapa tidak dicegahkan oleh solatnya dari perbuatan yang keji dan mungkar, maka tidaklah ia bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh”

Maka, solat orang yang LALAI itu, tidaklah mencegah daripada kekejian dan kemungkaran.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Berapa banyak orang yang menegakkan solat, memperoleh letih dan payah saja dari solat”

Dan tidaklah dimaksudkan oleh Nabi S.A.W dengan ucapannya itu melainkan orang yang LALAI!

Adapun solat..maka tidak ada padanya selain daripada zikir, bacaan, ruku’, sujud, berdiri dan duduk.
Zikir=bercakap/bermunajah sebagai lisan atas amal perbuatan seseorang itu.
Tetapi, apabila lisan dilakukan orang yang lalai/alpa=solat itu tiada maknanya baginya.
Maka, jika kata-kata pujian yang keluar dari lidah orang yang alpa,/lalai, maka apa yang dikatakanya tidaklah dituturkan dan diajukan kepada Allah, selama Dia sebenarnya tidak hadir dalam dirinya..
Ucapan=melahirkan apa yang terkandung dalam hati
Bacaan itu bagaikan sebuah ujian bagi yang bersolat.
Seperti mana ujian menahan perut/nafsu bila berpuasa,
Seperti mana ujian tubuh mengerjakan haji,
Seperti mana ujian hati dan menghadapi kesulitan mengeluarkan zakat dan melepaskan harta yang disayangi..
Maka apalah maksud “Tunjuki aku dengan jalan yang lurus” bila hati itu lalai? Apabila tidak dimaksudkan untuk merendahkan diri dan berdoa?
Dan hati orang yang lalai itu, apabila mengadap Allah, lidahnya bergerak disebabkan menghafaz sahaja..
Adapun solat..maka tidak ada padanya selain daripada zikir, bacaan, ruku’, sujud, berdiri dan duduk.

Rukuk & Sujud = Mengagungkan Allah dengan perbuatan/pergerakan.
Apabila orang yang alpa/lalai itu rukuk & sujud, maka tidaklah tinggal selain pergerakan punggung dan kepala.
Maka tidak adalah kesukaran ujian padanya..

Mengapa solat itu dikatakan sebagai tiang agama?
Mengapa solat itu didahulukan dari ibadah-ibadah yang lain seperti zakat, haji dan lain-lain?

Kerana keagungan solat itu selain menzahirkan perbuatan mengagungkan Allah, adalah kerana ditambahkan dengan memahami zikir dan bacaannya dalam solat itu.


[Al Hajj:37 ]


Makanya, sifat yang menguasai hati seseorang itulah yang akan membawanya samada menurut perintah Allah ataupun tidak.
Inilah yang menunjukkan betapa pentingnya kehadiran hati itu.


Kehadiran hati adalah nyawa solat. Sekurang-kurangnya yang membuat nyawa itu tidak keluar ialah hadirnya hati itu ketika takbirratul ihram.
Maka kurang dari itu = membinasakan
Jika bertambah = semakin mengembang nyawa itu dalam segala bahagian solat.

Berapa banyaknya orang yang hidup yang tidak dapat bergerak lagi? Yang mendekati kematian..
Maka solat orang yang lalai itu, di dalam keseluruhannya selain ketika takbir, adalah seumpama orang hidup yang tidak bergerak lagi.

Kerana tiadalah bersekutu manusia tentang memahami segala erti Al-Quran dan tasbih-tasbih.
Berapa banyak pengertian-pengertian yang halus yang dipahami oleh orang yang mengerjakan solat?
Waktu sedang solat dan tidak terlintas di hatinya yang demikian sebelumnya.
Dari segi inilah, solat itu adalah pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Kerana salat memberi pemahaman hal-hal, sudah pasti mencegah dari perbuatan keji!

Apabila hati itu tidak hadir ketika bermunajah dengan Raja-Diraja, maka janganlah kiranya anda menyangka ada sesuatu sebab yang lain baginya selain dari kelemahan iman.
Maka bersungguh-sungguhlah sekarang menguatkan iman itu!
[Imam Al-Ghazali]


“Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.”
Sumber:-Mufti Terengganu, Portal JAKIM

[Al-A’raaf: 29]
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan." Dan (katakanlah): "Luruskanlah muka (diri)mu di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali kepadaNya)."

Kadang-kadang hati hadir besama kata-kata dan tidak hadir bersama erti kata-kata
tersebut. Maka, melengkapkan hati dengan kata-kata yang dibacakanlah yang
membawa maksud ‘kefahaman’
Solat tanpa hati adalah seperti menerawang pada
cita-cita yang datang dari hal-hal duniawi.
∴ cara untuk menghadirkan hati
untuk bersolat dengan ikhlas adalah menjuruskan cita-cita kepada solat. Dengan
imam yang membenarkan bahawa akhirat adalah lebih baik dan kekal abadi.
[Teori Imam Al-Ghazali]






Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T berkata pada Musa A.S:
“Wahai Musa! Apabila engkau menyebutkan zikir kepadaku, maka sebutlah akan Aku, di mana seluruh anggota tubuhmu bergerak. Dan adalah engkau ketika berzikir kepadaKu itu khusyu’ dan tenang. Apabila engkau menyebutkan akan Aku, maka jadikanlah lidahmu dibelakang hatimu! Dan apabila engkau berdiri dihadapanKu, maka berdirilah sebagaimana berdirinya seorang hamba yang hina! Bermunajahlah dengan Aku, dengan hati yang gementar dan lidah yang benar!”



Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T berkata pada Musa A.S:
“Katakanlah Musa kepada umatmu yang durhaka, agar mereka tidak menyebutkan akan Aku! Kerana Aku telah berjanji kepada diriKu sendiri bahawa siapa yang berzikir kepada Aku, maka Aku akan ingat kepadanya. Maka apabila orang-orang yang derhaka itu menyebutkan Aku, maka Aku sebutkan mereka dengan kutukan (la’nat)”
Ini adalah mengenai penderhaka yang tidak alpa mengingatiNya. Maka bagaimana pula apabila berkumpul kealpaan dan kederhakaan???