Bismillahirrahmannirrahim...
Sekali lagi saya terpanggil untuk menulis. Seperti yang sedia maklum, kekerapan penulisan Chrysalis bukanlah satu yang konsisten, tetapi ditulis berdasarkan keadaan tertentu yang kadang-kala sempat saya coretkan.
Tamatnya cuti 2 minggu pada Syawal 1431H baru-baru ini saya harapkan mendapat satu peluang untuk saya bertemu sahabat-sahabat gua yang lama terpisah.
Sungguh
Sungguh saya benar-benar merindui mereka.
Tidak perlu disebutkan nama mereka kerana jelas sekali mereka mengetahuinya. Cuma adakah mereka merasakan perkara yang sama wallahuallam.
Namun setelah dihubungi 2-3 sahaja yang menjawab, dan yang lain membisu. Enggan bercakap, enggan menerang dan enggan bertemu. Mulanya saya agak buntu memikirkan adakah saya telah melakukan kesilapan sehingga seolah-olah dipulau dan dihukum? Kemudian saya ketemu jawapan,
“ini adalah balasan ke atas perbuatan tangan-tangan manusia terdahulu.”
Pastinya
Kerana sikap segelintir manusia yang rakus, sahabat-sahabat gua enggan menerima saya kembali .. ya tentu .
ini fikiran iblis saya menyimpul furqan.
Saya tertanya-tanya, seingat fikiran lemah saya ini di penghujung 2009 sahabat-sahabat gua menasihati saya agar merenungkan ayat ini:-
“...Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).”
[Asy Syuura:13]
Masyallah,
benar qalam Allah.
Benar perintah Allah.
Tapi manusia-manusia rakus enggan patuh. Lalu terpecah-pecah sehingga golongan-golongan sahabat gua juga terpecah-pecah. Saya setuju dengan pemberian ayat ini kepada saya. Kerana tidak pernah sekali saya ‘mengaminkan’ perbuatan-perbuatan si rakus melainkan dengan doa agar Allah menunjukkan jalan dan kesedaran kepada si perakus. Ya hampir sahaja genap setahun kini, Alhamdulillah, perakus-perakus tunduk patuh. Sesal perbuatan lampau. Tahu hukuman Allah ada juga di dunia. Pedihnya di dunia ini tidak boleh dinafikan kesannya kepada saya juga.
Mahu merubah kesan perbuatan-perbuatan tangan lalu dan kini bangkit untuk bermuamalah hanya dengan kembali merujuk surah di atas.
Namun...seperti penerangan awal saya tadi. Sahabat-sahabat gua sepi. Seperti menghukum lagi. Sepertinya mahu membalas perbuatan-perbuatan keji sang perakus lalu. Lalu untuk apa. Untuk apa dinasihati kemudian kini dibangkahi?
Demi Allah penghulu galaksi-galaksi, penyimpan rahsia-rahsia black holes dan sejarah-sejarah kabur, dan yang mewariskan muka bumi pada hambaNya...tidak pernah sekali saya memilih untuk tidak berkomunikasi dengan sahabat-sahabat gua kerana saya tahu itu bukan yang dianjurkan Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi dikelompok umatNya yang satu rumpun, satu matlamat.
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : “Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.”
Mengapa cepat pula mereka meminggir diri...sedang berita gembira ini belum sempat saya kongsikan bersama-sama.
Doa kita sudah makbul
Doa kita sudah diperkenankan Allah
Alhamdulillah. Segala puji bagiNya yang membantu tatkala manusia menggunakan nafsu untuk mengemudi akal, dan kebencian untuk mengawal perbuatan. Sepertinya Allah memberikan cahayanya dalam manusia-manusia rakus sebelum ini yang enggan sujud patuh pada yang Esa. Yang berani-berani melanggar akta maktub kitabNya.
Tapi perkabaran ini nyatanya tidak kesampaian pada sahabat-sahabat gua. Ingin sekali saya menyusun sepuluh jari seribu kemaafan jika terguris hati sahabat-sahabat gua sehingga begini pemutusannya.
Saya masih disini.
Dan saya pasti buhul tali Allah yang berselirat dan bercabang-cabang akan tercantum semula. Moga doa kali ini juga dimakbulkan Allah. Agar Din Allah dapat dilaksanakan dengan penuh berkah dan rahmatNya.
Kecewa itu pasti.
Tapi mengundur itu mustahil.
Terlalu banyak kita tempuhi bersama, dan tak ingin sekelumitpun untuk membuangnya begitu sahaja.
Saya di sini.
Masih

No comments:
Post a Comment