سم الله الرحمن الرحيم
Dalam perjalanan hidup saya selama ini, saya sedari saya didewasakan dengan satu sifat yang agak peculiar. Satu sifat yang tidak semua orang punyai, dan satu sifat yang amat jarang untuk seseorang punyai.
Sifat ini saya namakan sifat ‘terlalu memikir nilaian manusia’ ataupun saya terjemahkan sebagai ‘profound in human’s view’. Saya ringkaskan sendiri dengan acronym PHV.
Sebelum saya meneruskan perkongsian penulisan ini, eloklah saya ruaikan tentang sifat (PHV) yang saya temukan ini dengan lebih mendalam.
Apa yang saya maksudkan dengan sifat ini adalah ;
1) Sesuatu sikap dimana kebanyakan langkah tuju, pemutusan, pemilihan, atau ketetapan yang diambil oleh seseorang individu adalah dengan berlandaskan kepada dasar nilaian manusia-manusia lain (atau saya lebih selesa memanggil manusia-manusia itu sebagai ‘mereka-mereka’).
2) Sikap sesorangan individu yang ber-dogma-kan kepada ‘reaction’ atau ‘respond’ atau ‘perception’ mereka-mereka terhadap baik buruk sesebuah pemutusan yang bakal dilakukan.
Memang rumit. Tapi ini adalah apa yang saya temui setelah 4 tahun dikurniakan akal yang kurang lebih dapat memberi furqan yang lebih baik dari 4 tahun sebelum ini. :)
Contohnya ‘Abdullah ingin mencari kerja. Dia mempunyai lulusan SPM. Namun, dia tidak pasti akan kerja apa yang harus dilakukan. Dibenaknya ingin menjadi seorang jurutera. Itu detik hatinya. Tapi tidak disuarakan. Kalau disuarakan pun, tidak begitu ‘firm’ elaborasinya pada mengapa dia merasakan dia mahu mencuba menjadi jurutera. Kerana itu hanya ‘detik hati’. Sesuatu yang tidak pasti. Dibincang dan didengarnya pelbagai pendapat-kawan,sahabat,ibu bapa,guru,media,bahan bacaan. Dimana dari majoriti menyatakan pekerjaan sebagai akauntan lebih stabil, lebih tinggi bayaran gaji, atau kesimpulannya jadi akauntan itu adalah keputusan tepat sebagai sebuah pilihan kerjaya. Dan majoriti mengatakan pekerja jurutera adalah pekerjaan yang payah. Kerja yang tidak tentu hala tuju hidup, kerja yang tidak dapat perhatian, atau lebih mudah dikatakan disini kerja yang tak ada ‘standard’, kerja yang orang tidak pujakan, kerja yang bukan menjadi satu kayu ukur kejayaan seseorang itu.No future. No stability. Contoh…. Ini hanya contoh. Lalu, atas dasar pandangan majoriti itu, Abdullah mencuba-cuba ‘option’ akauntan sebagai ‘priority’ dalam mencari pekerjaan.’
Moga contoh diatas dapat difahami secara ringkasannya.
Jadi perkara ini disudut pandang mata kasarnya mempunyai nilai-nilai yang baik. Dimana pada beberapa hala tuju dari keputusan besar yang saya ambil adalah kebanyakkannya berdasarkan kepada PHV ini dan golongan pemberi-pemberi nasihat (mereka-mereka) tidak lain dari keluarga dan teman-teman saya, juga dari bahan-bahan telaah yang saya mungkin temukan. Pemutusan besar seperti bidang apa yang akan saya pilih waktu mengisi borang melanjut pelajaran, pemutusan untuk memilih untuk membuat pinjaman pelajaran, pemutusan untuk samada menyambung pelajaran ke peringkat ijazah atau tidak, pemutusan untuk dimana untuk bekerja, pemutusan untuk apa yang harus dipakai, apa yang harus diikut, pendek kata saya membesar dengan melakukan pemutusan berdasarkan ‘orang kebanyakan’ atau boleh dikatakan berdasarkan ‘kebiasaan’ atau ‘what is norm’.
Waktu membuat keputusan, mereka-mereka tersenyum lebar, bangga dan suka untuk merapati. Kerana keputusan-keputusan yang dibuat kebanyakkannya mengikut citarasa mereka-mereka itu. Tidak pula saya membantah atau cuba untuk memberontak. Saya mengiyakan saja waktu itu.
Namun dalam yang baik, ada juga yang buruknya. Setelah bulan berlalu, tahun-tahun berlalu, boleh dikatakan kebanyakan pemutusan-pemutusan besar dalam hidup saya tidak dapat membantu saya. Tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi akibat atas pemutusan-pemutusan lalu. Its also called a collateral damage. Kebinasaan yang saling berkait.
Apa yang saya pilih dulu tidak berupaya untuk mencerahkan lagi masa depan saya. Lebih teruk hari-hari akan datang dapat pula saya gambarkan kesuramannya. Bahkan hingga terbayang-bayang kehancuran hidup saya sebagai seorang manusia. Waktu masalah-masalah yang bersangkutan terjadi, waktu itulah saya putarkan kembali pemutusan-pemutusan yang telah saya lakukan. Ya saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana punyai sikap PHV ini. Atas sikap PHV ini saya lalui permasalahan yang hinggakan menuntut segala yang saya ada dibumi ini sebagai gantian. Dan atas sikap PHV ini jugalah mereka-mereka yang menasihati dan membimbing kearah keputusan-keputusan yang saya buat lalu juga menjadi si penghina, pemaki dan pembenci setia saya hari ini. Senyum lebar yang saya saksikan dulu bertukar kepada wajah kelat dan mencuka. Kalau boleh diterjermahkan dalam penulisan bolehlah saya kirakan mereka-mereka bagaikan mengharap saya tidak wujud dalam hidup mereka langsung. Ya. Hingga begitu yang saya dapat rasakan persepsi mereka-mereka itu. Perasaan hormat, sanjungan, pujian dan kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada orang terdekat tentang saya hinggakan menganggap saya sebagai seorang lagenda dan model contoh kepada mereka untuk dicontohi- lenyap begitu sahaja.
Sekarang mereka-mereka mengelak untuk berjumpa, bersuara hambar apabila ditelefon, dan bagi yang lepas mulut lebih gemar melontarkan kata-kata yang berbaur kebencian dan kemeluatan yang amat.
Jadi, untuk membuang sikap PHV ini, saya dapat rasakan proses ini akan mengambil masa. Kerana masalah-masalah yang sedia ada sudah menanti saya. Perkara dah berlaku. Masa dahh berlalu, saya tidak boleh padam pemutusan-pemutusan lalu saya. Namun, disebalik kekesalan ini, saya juga tahu, apabila sudah diberi petunjuk, nescaya Allah ada jawapannya.
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.
[Al Kahfi:16]
Seperti yang saya nyatakan diatas, saya tidak boleh menyalahkan mereka-mereka. Kerana kuasa autonomi ada pada setiap individu. Pokok pangkalnya pemutusan-pemutusan itu atas kerelaan saya sendiri. Dan apabila kini saya sedari pemutusan berlandaskan PHV tidak dapat membawa saya kemana malah menolak saya ke jurang kebinasaan, saya harus meninggalkan mereka-mereka. Bukan meninggalkan dalam erti kata menyisihkan, memulaukan, bermusuhan atau bergaduhan. Tapi menjauhkan sedikit diri saya dari mereka-mereka untuk membuat pemutusan dengan berlandaskan kepada dasar syariat Allah semata-mata.
Seperti ayat atas, saya harus mencari tempat untuk berlindung. Menjauhkan hati saya dari kembali mendengar-dengar suara ‘nasihat’ yang tidak berpaksikan kepada syariat Allah, jalan Allah, jalur redho Allah. Dari menelan bulat-bulat pandangan dan kata-kata mereka-mereka untuk menjaga hati orang lain, apalagi jika pemutusan yang dibuat untuk mendapat kredit atau pujian atau recognition. Subhanallah. Itu semua pasti pernah berlaku sepanjang lebih 20 tahun hidup saya selama ini.
| Fear of dejection
Itu yang menjadi kayu pengukur untuk saya membuat keputusan saya dulu.
Itu yang menjadi kayu pengukur untuk saya membuat keputusan saya dulu.
Adakah kini saya boleh terus menjadi berani dan mengatakan “no” to everyone? Sekali-kali tidak mudah. Seperti kata-kata sahabat saya dulu,
“When we are brought up learning black is the color of black. Its hard to change our perception and view to insinuate the black color is actually red. It is hard, but it is possible. “
Jadi apa-apa yang possible itu adalah satu peluang. Peluang untuk saya membaiki pemutusan-pemutusan saya selepas ini. Apalagi jika pemutusan-pemutusan itu dapat diselaraskan dengan qalam Allah, mahunya Dia, redhonya Dia.
Ya. Pasti ramai yang membenci, apalagi jika saya bercakap jujur dan menggunakan Allah sebagai satu visi saya dalam membuat pemutusan selepas ini, tapi itu sudah kepastian. We cannot cater to everyone’s desire/needs. We can avoid hurting people, but we can’t avoid to not agreeing what people want.
Harapan kali ini untuk sama-sama dimanfaatkan penulisan ringkas ini.
Moga pemutusan-pemutusan dalam hidup saya dan juga pembaca adalah berdasarkan pada prinsip asas ini, yang berasaskan “saya buat, saya setuju, saya tak setuju, saya mahu, saya tidak mahu, saya nak, saya tidak nak=kerana Allah semata.” Nescaya itulah yang akan menjadi satu titik permulaan dan perubahan tingakatan hidup kita sebagai pengemudi-pengemudi bahtera-bahtera yang sedang belayar ini.
19 Zulhijjah 1431H
2219pm
No comments:
Post a Comment