Bila memikirkan tentang tuntutan jihad untuk mencapai falah haq dalam diri saya, hati menjadi sangat tidak tenteram. Hati terasa begitu kecewa. Hati bagaikan dicalar-calar dengan pisau tajam. Hari ini, kembali diperingatkan tentang perlunya menjadi umat Islam yang sempurna dalam memperjalani ibadah saya dan sekalian yang lainnya secara haq dan suci.
Sedikit ingin saya kongsikan satu pesanan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz ( Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah):-
Muse juga mencanang:-
Transmissions will resume, they'll try to
Waktu menuju ke ‘kuil’ untuk bekerja siang tadi, leka saya mendengar beberapa lagu di dalam mp3 list saya. Satu lagu yang jarang saya mainkan secara automatiknya terpasang. Satu lagu yang pernah saya gemari suatu ketika dahulu... ‘Di Dalam Dilema’-KRU. Antara bait-bait lirik yang tiba-tiba membuatkan mata saya tercegil.
Jika sekali dua kau permainkan kata
Mungkin ku takkan mengendah
Mungkin bisa ku pejamkan mata
Tapi kini terjadi 'tuk kali ketiga
Haruskah ku terus bersabar
Walau timbul rasa curiga
Nah! Pastinya serangkap lirik ini tepat mengenai diri saya yang sedang menimbang tara tentang tuntutan falah diri yang pastinya akan menjadi perkara yang paling bersejarah di dalam hidup saya. Cumanya saya di dalam dilema. Tentang kondisi yang dipermainkan. Hanya dengan omong dan janji mulut manusia yang amat berani melontarkan janji dan harapan. Dan persoalan yang mendatangkan kecurigaan itu amat sangat saya tidak suka bila ia datang. Kerana curiga bagi saya adalah satu sikap yang pessimist dan sceptic.Saya bukan lagi begitu. Namun mengapa ianya datang?
Lalu lagu lama bertajuk ‘Insan’ yang dipopularkan oleh Yantzen tiba-tiba menerjah diri saya. Sedikit saya kongsikan baitnya yang sangat mudah bahasanya namun juga sangat mendalam untuk difahami.
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Ah. Satu lagi cara untuk saya kembali mencari logik akal. Benar kata Yantzen. Jangan dihancurkan hidup yang indah untuk mengikat cinta yang murni itu. Tuntutan jihad itulah menjadi kayu pengukur kemurniaan cinta saya. Ketulusan diri saya untuk mencapai falah bersama umat-umat Muhammad, dan bala-bala pejuang Ibrahim yang masih ada di muka bumi Allah ini. Jika jihad itu tidak saya kotakan, benar-benar saya menganggap hidup saya gagal. Hidup saya hancur. Kerana inilah apa yang terbaik untuk saya.
Jadi, mengapa saya masih reluctant? Mengapa masih perlu adanya kemalasan untuk bersegera? Mengapa masih lagi punya sisa-sisa ‘menunggu-nunggu’ tuah datang bergolek di depan mata?
Ini antara jawabnya.
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Inilah yang dapat saya katakan antara sebab utamanya mengapa. Raihan telah pun menjawabnya suatu masa dahulu di dalam lagunya berjudul ‘Sebenarnya’.Kalaupun saya pada zahirnya dinilai oleh sahabat-sahabat dan para senior saya sebagai seorang yang kuat, seorang yang hebat, seorang sri kandi, tapi jauh di sudut hati saya mengatakan tidak. Kerana apa tidak? Kerana jika benar saya seperti yang mereka nyatakan, tidak mungkin saya berfikiran secetek ini apabila yang haq itu sudah hampir jelas berada di depan mata saya. Apa lagi???? Kalau ada Abu Bakar As-Siddiq di sebelah saya sekarang ini pasti dipancungnya saya kerana kekecewaannya punyai umat Muhammad yang pengecut. Bukan sahaja pengecut untuk berjihad an-nafs, tapi juga pengecut untuk membuat keputusan hidup mati. Lalu saya berikrar. Ikrar sama yang pernah saya lakukan September 2006 yang lalu waktu saya mendongak ke langit tinggi hingga titisan air mata gembira menitis laju.
Untuk mendapatkanNya.
Untuk bersama-sama berjihad menegakkan Din Allah S.W.T bersama-sama umat Islam yang haq dan sejati di sana.
Untuk mendapatkanNya.
Untuk bersama-sama berjihad menegakkan Din Allah S.W.T bersama-sama umat Islam yang haq dan sejati di sana.
Dekat padamu... arah ingin ku tuju
Walaupun jauh akan ku tempuh
Kerana hanya sunyi yang menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri
Oh dekat padamu...
Di sana kan bersatu
Dua jiwa yang telah terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh... janji ku kotakan
Andai tersalah arah... berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah ku cuba kali kedua
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa
Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu
Dekat padamu... itu destinasiku
Tak kira apa jua kan ku terima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku
Ini juga menjadi salah satu pendorong saya untuk menggetarkan jiwa saya yang berkedip-kedip kehausan cahayaNya. Yang kehausan belaianNya.
Tahun 2011, juga 1432H ini, saya berazam untuk memajukan pekerjaan harian saya agar dapat memperoleh pulangan tinggi untuk melunaskan saki-baki tuntutan taghut. Agar bisa juga saya mendaki tanpa halangan-halangan bodoh disana.
“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”
Transmissions will resume, they'll try to
Push drugs, keep us all dumb down and hope that
We will never see the truth around,
Another promise, another scene, another
Package not to keep us trapped in greed with all the
Green belts wrapped around our minds and endless
Red tape to keep the truth confined
Interchanging mind control, come let the
Revolution take its toll, if you could
Flick a switch and open your third eye, you'd see that
We should never be afraid to die
Rise up and take the power back
Their time is coming to an end, we have to
Unify and watch our flag ascend
They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious, so come on
Moga pembaca dapat mendoakan kemenangan yang haq ini bersama-sama. Dan saya juga akan juga mendoakan sekalian semua agar dapat menguatkan diri dan jiwa terutamanya untuk mendekatkan diri padaNya. Hari ini, medium lirik lagu menjadi pengobar semangat saya yang hampir-hampir lupus. Sahabat juga mungkin punyai medium lain yang pastinya dapat membantu menguatkan apa-apa sahaja yang lemah baik dalam diri kita, mahupun dalam pembawaan diri masing-masing untuk menghadapi hari yang dijanjikan itu nanti. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment