Sunday, July 25, 2010

Tahun Kebangkitan

Bismillah..
Entri kali ini sangat ringkas dimana Chrysalis sekadar meletakkan titik penyimpan data untuk arkib Chrysalis dimasa-masa akan datang.

Hampir setahun Chrysalis tidak menulis dalam 'Catatan Kebenaran'. Ini kerana dalam khidmatan pada Allah, Chryaslis tempuhi jalan mendaki yang punyai beberapa fasa dalam klasifikasi sudut pandang Chrysalis.
Chrysalis lalui beberapa fasa dalam tempoh 7 bulan tahun 1431H / 2010 ini.

Fasa Pertama (January-April 2010)
Fasa yang boleh Chrysalis gambarkan seperti sebuah fasa yang merundum. Fasa di mana Chrysalis melalui krisis tingkat iman yang bercelaru apabila perjuangan dakwah melalui jalan-jalan kelam. Juga dari sudut peribadi melalui fasa penggoncangan kepercayaan keluarga terhadap Chrysalis akibat perbuatan jahil manusia.

Fasa Kedua (April-May 2010)
Fasa ini pula eloklah dikategorikan sebagai fasa ‘bertapa’ dimana Chrysalis kurang berhubung dengan sahabat/rakan lain sepertimana selalunya. Fasa ini dilakukan atas dasar sifat chrysalis (Chrysalis adalah seperti seekor beluncas, berubah menjadi seekor 'pupa' yang berselubung sebelum bertukar menjadi rama-rama). Dalam fasa ini Chrysalis akan lebih banyak mendiamkan diri dan memperhati (dari perspektif human behaviour,penulisan dan dakwah2 luar). Juga sangat kritis dalam mencari input untuk memperbaiki iman diri dan prestasi dakwah yang merundum dalam fasa pertama.

Sekarang Chrysalis sedang menempuh Fasa Ketiga. Dimana fasa ini sedang dalam kala yang belum boleh diukur kira dan disimpulkan lagi.

' Catatan Kebenaran ' bukanlah satu diari.

Makanya pengolahan blog ‘Tahun Kebangkitan’ ini berkonsepkan perkara yang sangat asas dan sangat ringkas. Cuma dirungkai dalam entri blog untuk tatapan Chrysalis bertujuan untuk penambah baikan diri dan juga para sahabat yang berkemungkinan juga melalui fasa-fasa seperti diatas di dalam jalan dakwah.

Moga ini menjadi satu question mark di dalam otak bila akal bercampur baur dengan nafsu akibat berjauhan dengan qalam Allah.

Insyallah.

03:09am 13 Sya'ban 1431H

Ahad, 25 July 2010