Sunday, January 30, 2011

Falah Diri

Bila memikirkan tentang tuntutan jihad untuk mencapai falah haq dalam diri saya, hati menjadi sangat tidak tenteram. Hati terasa begitu kecewa. Hati bagaikan dicalar-calar dengan pisau tajam.  Hari ini, kembali diperingatkan tentang perlunya menjadi umat Islam yang sempurna dalam memperjalani ibadah saya dan sekalian yang lainnya secara haq dan suci.

Waktu menuju ke ‘kuil’ untuk bekerja siang tadi, leka saya mendengar beberapa lagu di dalam mp3 list saya. Satu lagu yang jarang saya mainkan secara automatiknya  terpasang. Satu lagu yang pernah saya gemari suatu ketika dahulu... ‘Di Dalam Dilema’-KRU. Antara bait-bait lirik yang tiba-tiba membuatkan mata saya tercegil.

Jika sekali dua kau permainkan kata
Mungkin ku takkan mengendah
Mungkin bisa ku pejamkan mata

Tapi kini terjadi 'tuk kali ketiga
Haruskah ku terus bersabar
Walau timbul rasa curiga

Nah! Pastinya serangkap lirik ini tepat mengenai diri saya yang sedang menimbang tara tentang tuntutan falah diri yang pastinya akan menjadi perkara yang paling bersejarah di dalam hidup saya. Cumanya saya di dalam dilema. Tentang kondisi yang dipermainkan. Hanya dengan omong dan janji mulut manusia yang amat berani melontarkan janji dan harapan. Dan persoalan yang mendatangkan kecurigaan itu amat sangat saya tidak suka bila ia datang. Kerana curiga bagi saya adalah satu sikap yang pessimist dan sceptic.Saya bukan lagi begitu. Namun mengapa ianya datang?
Lalu lagu lama bertajuk ‘Insan’ yang dipopularkan oleh Yantzen tiba-tiba menerjah diri saya. Sedikit saya kongsikan baitnya yang sangat mudah bahasanya namun juga sangat mendalam untuk difahami.

Oh cinta yang murni 
Sebagai ikatan 

Yang kukuh di hati 
Demi masa depan 
Jangan dihancurkan 
Hidup yang indah ini 
Akibatnya merana

Jangan hancurkan 
Hidup yang indah 
Kita adalah hamba Yang Esa

Ah. Satu lagi cara untuk saya kembali mencari logik akal. Benar kata Yantzen. Jangan dihancurkan hidup yang indah untuk mengikat cinta yang murni itu. Tuntutan jihad itulah menjadi kayu pengukur kemurniaan cinta saya. Ketulusan diri saya untuk mencapai falah bersama umat-umat Muhammad, dan bala-bala pejuang Ibrahim yang masih ada di muka bumi Allah ini. Jika jihad itu tidak saya kotakan, benar-benar saya menganggap hidup saya gagal. Hidup saya hancur. Kerana inilah apa yang terbaik untuk saya.

Jadi, mengapa saya masih reluctant? Mengapa masih perlu adanya kemalasan untuk bersegera? Mengapa masih lagi punya sisa-sisa ‘menunggu-nunggu’ tuah datang bergolek di depan mata?

Ini antara jawabnya.

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti

Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Inilah yang dapat saya katakan antara sebab utamanya mengapa. Raihan telah pun menjawabnya suatu masa dahulu di dalam lagunya berjudul ‘Sebenarnya’.Kalaupun saya pada zahirnya dinilai oleh sahabat-sahabat dan para senior saya sebagai seorang yang kuat, seorang yang hebat, seorang sri kandi, tapi jauh di sudut hati saya mengatakan tidak. Kerana apa tidak? Kerana jika benar saya seperti yang mereka nyatakan, tidak mungkin saya berfikiran secetek ini apabila yang haq itu sudah hampir jelas berada di depan mata saya. Apa lagi???? Kalau ada Abu Bakar As-Siddiq di sebelah saya sekarang ini pasti dipancungnya saya kerana kekecewaannya punyai umat Muhammad yang pengecut. Bukan sahaja pengecut untuk berjihad an-nafs, tapi juga pengecut untuk membuat keputusan hidup mati. Lalu saya berikrar. Ikrar sama yang pernah saya lakukan September 2006 yang lalu waktu saya mendongak ke langit tinggi hingga titisan air mata gembira menitis laju.


Untuk mendapatkanNya. 
Untuk bersama-sama berjihad menegakkan Din Allah S.W.T bersama-sama umat Islam yang haq dan sejati di sana.

Dekat padamu... arah ingin ku tuju 
Walaupun jauh akan ku tempuh 

Kerana hanya sunyi yang menemani hari 
Semenjak kau pergi membawa diri 

Oh dekat padamu... 
Di sana kan bersatu 

Dua jiwa yang telah terpisah 
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan 
Ku pegang teguh... janji ku kotakan 

Andai tersalah arah... berikan ku tanda 
Agar kau terima yang sebaiknya 

Jika cinta kita hanya sejarah lama 
Sudilah ku cuba kali kedua

Harapan mendorong ku mengusung cinta kita 
Janganlah dibalas rasa kecewa

Walau jauh akan ku gegas berlari 
Walau tinggi bisa ku terbang di langit 
Walau sedalam mana akan ku selami 
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu

Dekat padamu... itu destinasiku 
Tak kira apa jua kan ku terima 

Harapanku kan terbuka pintu di hatimu 
Dengan rela menunggu kehadiranku

Ini juga menjadi salah satu pendorong saya untuk menggetarkan jiwa saya yang berkedip-kedip kehausan cahayaNya. Yang kehausan belaianNya.
Tahun 2011, juga 1432H ini, saya berazam untuk memajukan pekerjaan harian saya agar dapat memperoleh pulangan tinggi untuk melunaskan saki-baki tuntutan taghut. Agar bisa juga saya mendaki tanpa halangan-halangan bodoh disana.

Sedikit ingin saya kongsikan satu pesanan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz ( Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah):-
“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”
Muse juga mencanang:-
Transmissions will resume, they'll try to
Push drugs, keep us all dumb down and hope that
We will never see the truth around,

Another promise, another scene, another
Package not to keep us trapped in greed with all the
Green belts wrapped around our minds and endless
Red tape to keep the truth confined

Interchanging mind control, come let the
Revolution take its toll, if you could
Flick a switch and open your third eye, you'd see that
We should never be afraid to die

Rise up and take the power back
Their time is coming to an end, we have to
Unify and watch our flag ascend
They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious, so come on



Moga pembaca dapat mendoakan kemenangan yang haq ini bersama-sama. Dan saya juga akan juga mendoakan sekalian semua agar dapat menguatkan diri dan jiwa terutamanya untuk mendekatkan diri padaNya. Hari ini, medium lirik lagu menjadi pengobar semangat saya yang hampir-hampir lupus. Sahabat juga mungkin punyai medium lain yang pastinya dapat membantu menguatkan apa-apa sahaja yang lemah baik dalam diri kita, mahupun dalam pembawaan diri masing-masing untuk menghadapi hari yang dijanjikan itu nanti. Subhanallah.

Wednesday, January 19, 2011

Muslim Princess and Queens

Here's the list of Muslim princesses and queens all over the world. Enjoy!!



Friday, January 7, 2011

Sahabat yang pergi….

Telah banyak penulisan yang membincangkan tentang beza kawan dan sahabat. Secara amnya sahabat itu adalah seorang kawan yang kita percayai, yang kita kasihi hampir atau sama seperti kita kasihi keluarga kita sendiri. Sahabat adalah seorang yang kita boleh berkongsikan hampir segalanya tidak kira baik atau buruk apa yang dikongsikan kita itu…sahabat adalah seorang yang yang kita senang untuk bertemu, seorang yang kita rasa selesa untuk menjadi diri kita dihadapannya, seorang yang tahu kelemahan kita tapi tidak pernah menganggap kelemahan itu sebagai penyebab untuk dia mengurangkan kepercayaan dan penilaian peribadinya terhadap kita. Sahabat adalah seorang yang kita boleh menjadi tulus apabila bersuara, yang juga hampir-hampir sehaluan dengan hala tuju pilihan gerak langkah hidup kita. Dan sahabat juga ada bila kita senang dan susah. Apabila kita senang kita mencarinya, apabila susah dia mencari kita…Itulah sekilas mengenai sahabat. Namun di sini bukanlah definisi sahabat yang saya ingin kupaskan. Melainkan berita dukacita saya mengenai seorang sahabat yang melangkah pergi meninggalkan saya dan sahabat-sahabat kami yang lain… ternyata tidak akan saya meletakkan ‘posting’ ini disini jika ia bukan sesuatu yang saya anggap penting. Kerana apa sahaja penulisan saya disini jika dipandang enteng oleh antara kalangan pembaca, nyatanya tidak pernah sekali saya memandangnya dari perspektif begitu. Jika tidak punya impak terhadap saya, tidak mungkin saya berjaga selewat ini untuk meluahkan apa yang saya fikirkan sejak 2-3 minggu ini di entri saya kali ini.

Walaupun tidak sampai 5 tahun kami mengenali antara satu sama lain, tetapi dia sangat istimewa bagi saya. Bagi saya secara fizikalnya dia mempunyai kecantikan yang klasik. Klasik menurut definisi serta pandangan saya adalah seperti kecantikan klasik yang ada pada seniwati Latifah Omar, juga kecantikan klasik pada supermodel Claudia Schiffer. Itu nilaian saya padanya. Dan sangat tenang juga bila saya berbicara dengannya, wajahnya sukar untuk menggambarkan dirinya sedang gusar atau sedang bersedih. Itu kelebihannya yang saya kagumi. Bersifat sangat terbuka, sangat kritis dan sopan apabila melontarkan pandangan dan hujah. Dia sangat sensitif, sangat peka dan ada punyai sifat ‘profound in human view’ (rujuk entri saya bertajuk ‘Pemutusan Saya, Pemuasan Dia’). Mungkin pada sesetengah orang dia hanya gadis biasa. Tapi tidak pada saya.

Namun 2 minggu lalu dia sepi tanpa berita. Saya cuba hubunginya tapi tidak pernah berjawab, dan SMS juga tidak saya terima. Dan tiba tiupan angin membawa berita bila sahabat-sahabat kami yang lain juga terputus hubung silah dengannya. Saya tertanya-tanya…justeru pelbagai perkara yang saya dapat uraikan sedikit-sedikit. Bahawanya dia punyai masalah peribadi yang agak berat. Memang kami tahu dia punya masalah. Tapi tidak sedikit pun saya cuba untuk tidak mengendahkan masalahnya. Saya cuba membantu sedaya mungkin. Malah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar saya lakukan jika saya menganggapnya hanya sebagai seorang kawan biasa. Kerana atas dasar sahabat, walau sekelumit pun masalahnya akan saya cuba bantui. Tapi ini masalah yang berat. Dan pelbagai perbincangan, perbicaraan berasaskan Al-Quran dan melalui syariat-syariat Allah telah dijadikan asas untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Dan sunnah-sunnah Nabi juga dijadikan aspek-aspek contoh insan-insan Allah yang juga tidak sedikit pun dapat lari dari kepayahan dan ketentuan Allah. Dia tahu kami mencuba sedaya mungkin. Dan banyak juga yang dia tidak tahu apa yang telah diusahakan untuknya dengan perbicaraan lanjut secara formal dikalangan abi-abi yang lebih ilmu didada di malam-malam hari bulan Muharram yang lalu. Banyak juga yang dia tidak tahu apa yang direncanakan untuk dia memperoleh kebaikan di masa akan datang. Tidaklah ingin saya mengungkit semua ini atas niat yang tidak baik melainkan hanya untuk mematerikan apa yang seorang sahabat akan lakukan untuk bersama-sama dengannya tatkala dia dirundung kekecewaan yang amat.

Namun kini dia melangkah pergi. Begitu sahaja tanpa pesan, tanpa amanat , tanpa bicara. Perginya bagaikan perginya matahari di senja hari menggantikan hari dengan waktu malam. Terasa ia masih ada, namun ia sudah menghilang. Itulah yang saya rasakan. Tidak juga setitik air mata saya tumpah apabila mendapat berita pemergiannya kerana ia bagaikan satu berita yang saya hampir-hampir sahaja tidak saya percayai. Saya masih dikeadaan bingung. Masih dilamunan yang lagi tercongak-congak itu ini sebab mengapa dia pergi. Masih lagi sehingga kini berkeadaan begini setelah minggu-minggu berlalu. Rindu dan kosong. Kosong kerana saya mulai rasa saf-saf sahabat yang saya kasihi sudah tidak berpenghuni. Rindu kerana hilangnya satu sungai yang saya amat kagumi kerancakannya mengalir dan kesuciannya memberikan zat-zat pada semua perkara berkaitannya. Sungai yang menyumbangkan kepada kekerasan batu-batu didalam dan disekelilingnya. Sungai yang menyumbangkan kesegaran dan kehijaun rumput, dan pohon-pohon disekelilingnya. Sungai yang memberi kelegaan pabila manusia kehausan meminum airnya. Dan sungai yang membersihkan segala macam kekotoran dan memberikan peluang sumber kehidupan didalamnya untuk menjalani kehidupan mereka.

Mengapa begitu sahaja sahabat-sahabatnya ditinggalkan? Sedangkan pernah berkali dia berkata ini adalah satu rentak kehidupan yang sudah dia pilih. Sedangkan dia berkali berkata ini adalah satu jalan suci yang akan dia cuba sumbangkan yang terbaik untuk mencapai falah yang haq suatu hari nanti. Mengapa dia berundur? Bukan kerana jalan ini malap. Bukan kerana jalan ini sempit. Bukan kerana jalan ini bathil. Bukan kerana jalan ini bukan yang terbaik. Itu saya pasti. Tapi atas dasar manusia dijalan ini sendiri. Samada dia sendiri ataupun manusia selain dia. Pasti. Namun mengapa kerana atas sebab ‘manusia’ (diri sendiri/orang lain) dia berputus asa? Mengapa begini zalimnya dia meninggalkan syariat Allah untuk SETIAP manusia yang sudah di tunjukki Al Fatihah:6-jalan yang lurus itu? Mengapa begitu akurnya dia terhadap garis furqannya ketika dia sudahpun dibawa ke cahaya terang benderang Allah menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji- Ibrahim:1. Ketika dia sudah berjanji bakti kepada Allah S.W.T untuk bersama-sama menegakkan yang haq pada bulan August 2008 dahulu?

Dukacita. Saya sangat dukacita.

Demi Allah ya Tuhan, Al Hakam, Al Raqib… Kalaulah saya tahu dia akan pergi meninggalkan saya, sanggup saya ganti tempatnya apabila dia hadapi masalah berat itu. Andainya dia tahu hampir-hampir terduduknya saya pabila berita pemergiannya sampai pada saya waktu itu…Jika dia tahu sehingga saat ini degupan jantung saya terlalu perlahan saya rasakan kerana hilangnya dia memutuskan hubungannya dengan sekalian sahabat …Demi Allah ya Tuhan, kepada Kau aku berdoa dengan sejujur-jujurnya agar dia - sahabatku kembali bersama. Dan jika ketiadaan dia menjadi nisan akhir perhubungan kami, tempatkanlah dia disyurgamu atas kekhilafan dia membuat pemutusan ini. Maha Suci Engkau ya Rabb, bukanlah aku ini sahabat pada dirinya kerana begini pengakhirannya yang dia pilih..

2 Safar 1432H
0103hrs